Thursday, 3 May 2012

Tips For Weight Loss



Berikut adalah beberapa tips yang anda boleh praktikkan untuk mengurangkan pengambilan kalori seterusnya dapat menurunkan berat badan..

1. Kurangkankan berat badan secara perlahan. (penurunan berat badan secara mendadak akibat diet yang tidak betul (berlapar) akan meyebabkan anda kehilangan bukan sahaja lemak, tetapi juga 'lean muscle' (otot) dan tisu. Kehilangan lean muscle akan menyebabkan penurunan metabolic rate (jumlah kalori yang diperlukan oleh badan anda dalam seharian). Ini bermaksud badan anda memerlukan kalori yang lebih sedikit berbanding sebelumnya..thus, making weight gain more likely when you stop dieting. (even makan sikit pun badan senang naik..thats why!)

2. Kurangkan berat badan sebanyak 10% dalam masa 6 bulan.

3. Makan ikut keperluan, bukan ikut nafsu.

4. Kurangkan makan makanan yang bergoreng dan berlemak (of course!)

5. Gantikan minuman manis dengan air kosong (1 sudu gula bersamaan 60 kalori. Berapa kali anda ambil minuman manis dalam sehari dan berapa sudu gula yang anda ambil dalam setiap minuman??)

6. Lebihkan sayur, ulam dan buah. ( <--- makanan tinggi serat dalam membantu anda mencapai kekenyangan dan membuatkan anda rasa kenyang lebih lama)

7. Minum air kosong atau makan buah sebelum makan. (supaya perut anda terisi terbih dahulu. InsyaAllah, anda akan merasa lebih kenyang walaupun makan nasi sikit)

8. Kunyah makanan secara perlahan-lahan. (ikut sunnah nabi.. bila anda makan dengan laju, otak anda sukar menerima 'signal' dari badan yg mengatakan anda sudah kenyang. Sebab tu makan banyak pun rasa tak kenyang!)

9. Elakkan melangkau waktu makan. (contoh, skipped breakfast.. Ini akan menyebabkan anda merasa lapar dan kemudian makan dengan banyaknya tanpa anda sedar).

10. Elakkan makan ketika menonton tv atau melakukan perkara-perkara lain. (Bila anda tak focus dengan apa yang anda makan, u'll tend to eat more!)

11. Bacala doa makan! (supaya makanan anda tidak dikongsi oleh setan2 yang akhirnya membuatkan anda rasa tidak kenyang). ngeh3..

12. Tingkatkan aktiviti fizikal harian. (jangan asyik tidur je..)

13. Bersenam satu jam setiap hari. (mcm mustahil je kan?? haha..nothing is impossible! But atleast 30 min)





Remember, we eat to live..not to bagi kenyang.. so makanlah mengikut keperluan bukan perasaan.. :)

Sekian.



No comments:

Post a Comment