Thursday, 3 May 2012

Makan Malam?




Adakah makan pada waktu malam akan menyebabkan kenaikan berat badan?


Jawapan: TIDAK.


Makan pada waktu malam tidak akan menyebabkan anda mengalami masalah kegemukan. Setakat ini tiada kajian yang betul-betul menunjukkan bahawa makan pada waktu malam boleh mengakibatkan kenaikan berat badan.

Sebaliknya, yang menyebabkan anda mengalami masalah berat badan sekiranya makan pada waktu malam ialah apabila anda:

1. Makan dalam kuantiti yang banyak (tidak mengikut keperluan yang sepatutnya)
2. Memilih makanan yang tinggi kandungan lemak.
3. Makan dan terus tidur

TIPS:
1. Sekiranya anda tidur awal, pastikan anda mengambil makanan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum tidur.
2. Elakkan mengambil makanan yang tinggi kandungan gula dan lemak sekiranya anda ingin makan pada waktu malam (supper).
3. Makanlah mengikut porsi (saiz hidangan) yang betul mengikut keperluan badan anda.


The fact is, kalori yang anda ambil sepanjang hari yang akan mempengaruhi berat badan anda.

Remember guys, calorie counts whenever you eat them! ;)


No comments:

Post a Comment