Tuesday, 22 May 2012

The Amazing KIWI



"Kiwis are one of the most nutrient-dense foods in the world, and qualify easily as a super-food".



KEBAIKAN KIWI:

1. Mempunyai kandungan vitamin C sebanyak DUA KALI GANDA daripada oren. Pengambilan kiwi sebanyak satu biji sehari memberikan anda jumlah vitamin C yang secukupnya seperti yang disarankan.

2. Padat dengan serat, antioxidants, asid folik dan potassium.

3.Merupakan sumber lutein,  iaitu vitamin A compound yang dapat membantu mengurangkan risiko penyakit mata kronik termasuk Katarak.

4. Membantu dalam sistem penghadaman. Pengambilan secara berterusan akan memberikan anda sistem penghadaman yang baik dengan mengurangkan masalah kembung perut serta memperbaiki fungsi usus.  

5. Antioxidant yang terkandung dalam kiwi dapat meningkatkan sistem imunisasi badan dan mengurangkan kesan stress serta keradangan.

6. Tergolong dalam senarai buah yang mempunyai Glycaemic index yang agak rendah, menjadikannya sesuai bagi pesakit kencing manis (diabetes mellitus). Satu biji kiwi mengandungi kira-kira 60 kalori.

Kiwi is one of my favourite fruits and it could be yours too... ;)




NOTE:
Glycaemic Index atau GI adalah ukuran kesan dari karbohidrat pada tingkat gula darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat selama proses pencernaan, melepaskan glukosa dengan cepat ke dalam aliran darah --> memiliki GI tinggi. 
Karbohidrat yang memecah lebih lambat, melepaskan glukosa secara bertahap ke dalam aliran darah --> memiliki GI rendah. Bagi kebanyakan orang, makanan dengan GI rendah memiliki manfaat kesihatan yang signifikan.

No comments:

Post a Comment