Apa itu DIET SEIMBANG?
Diet seimbang bermaksud apabila makanan seharian anda:
Mempunyai kandungan makronutrien (karbohidrat, protein, lemak) dan mikronutrien (vitamin dan mineral), serat dan air yang mencukupi.
Peratusan makronutrien yang seimbang iaitu 50-55% karbohidrat, 15-20% protein dan 25-30% lemak.
Bagaimana untuk anda tahu diet seharian anda mempunyai peratusan makronutient seperti yang di atas?
Sebagai contoh, jika keperluan kalori untuk badan anda ialah 1800kcal :
CEREAL/ SAYURAN BERKANJI : 13 hidangan
pagi: 3 hidangan
pagi: 3 hidangan
minum pagi: 2 hidangan
makan tengahari: 3 hidangan
makan tengahari: 3 hidangan
minum petang: 2 hidangan
makan malam: 3 hidangan
SUSU RENDAH LEMAK : 2 hidangan
pagi : 1 hidangan
pagi : 1 hidangan
malam : 1 hidangan
BUAH : 2 hidangan
tengahari : 1 hidangan
tengahari : 1 hidangan
malam : 1 hidangan
DAGING/AYAM : 2 hidangan
tengahari: 2 hidangan
tengahari: 2 hidangan
IKAN : 2 hidangan
malam : 2 hidangan
malam : 2 hidangan
1 hidangan cereal/ sayuran berkanji =
1/2 cwn nasi/ mee hoon @ 1 keping roti putih/wholemeal, @ 3 keping biskut, @ 3 sudu besar oats, @ 1/3 cwn mee, @ 3 sudu besar tepung, @ 1 biji ubi kentang.
1 hidangan susu =
4 sudu besar susu rendah lemak/ full cream/ skimmed milk
1 hidangan buah =
1 biji epal/limau/lai/pear, @ 1 potong betik/tembikai. @ 1/2 biji mangga/jambu batu
1 hidangan sayur =
1/2 cawan sayur bermasak
1 hidangan sayur =
1/2 cawan sayur bermasak
1 hidangan daging/ayam =
2 saiz kotak mancis daging, @ 1 ketul ayam (sederhana)
1 hidangan ikan =
1 ekor ikan (saiz sederhana)
Pastikan kandungan serat yang mencukupi dalam hidangan makanan seharian anda. Sekurang-kurangnya 2 hidangan buah dan 3 hidangan sayur.
Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari/ 8 gelas.


No comments:
Post a Comment